Semua pengunjung
amat dihargai kerana melayari laman web Mutiara Technology. Laman ini menyediakan sumber maklumat terkini mengenai semua jenis
perniagaan yang dikendalikan oleh Mutiara Technology.
Faktor utama penubuhan perniagaan ini adalah untuk menyediakan pendidikan tambahan kepada para pelajar
di daerah Kuantan samada dari peringkatSekolah Rendah dan Menengah. Tujuan perniagaan
ini diwujudkan adalah kerana mendapati bidang komputer dan Teknologi Maklumat (IT) semakin mendapat perhatian di kalangan
penduduk negara ini. Namun begitu, di kawasan pantai timur khasnya, bidang ini kurang mendapat perhatian terutama di kawasan
luar bandar. Oleh yang demikian, Mutiara Technology telah mengambil inisiatif untuk memperkembangkan dan memperkenalkan bidang
IT ini kepada mereka.
Selain dari itu, Mutiara Technology juga menawarkan pelbagai jenis perkhidmatan. Di antaranya ialah
pembangunan sistem maklumat dan perisian, mencipta iklan(grafik), net working, penjualan komputer secara tunai atau melalui
skim KWSP, servis dan selenggaraan komputer, dan sebagainya.
Cara e-bisness terkini daripada Mutira Technology:
Peluang Perniagaan Paling Mudah Dan Efektif
Sila menghubungi pihak Mutiara Technology bagi sebarang komen dan sila sertai senarai e-mail kami bagi sebarang
peluang perniagaan dan perkhidmatan!